Saturday 14 August 2010

berita terkini : wanita Indonesia di tahan bersama mayat bayinya..

pukul 11.31pm

KUALA LUMPUR 13 Ogos — Seorang wanita Indonesia ditahan ketika cuba mendapatkan pertolongan seorang untuk mengebumikan mayat bayi perempuan yang baru dilahirkannya berhampiran rumah kongsi di Wangsa Maju di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, CAP Zakaria Pagan berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi selepas pihaknya menerima maklumat orang awam.


"Wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Semasa ditahan dia ada membawa bersama sebuah beg yang di dalamnya mengandungi mayat bayi perempuan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama. Katanya ketika ditanya wanita itu mendakwa mayat bayi tersebut adalah anak majikannya.

"Bagaimanapun selepas disoal siasat, wanita itu akhirnya mengaku bayi itu adalah anaknya yang dilahirkan di sebuah rumah kongsi di Ampang Ulu kira-kira pukul 6 pagi semalam,” katanya.

Zakaria berkata wanita itu juga mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. —Bernama

haih~ apa nak jadi nih.. dunia Oh Dunia.. buang bayi tak habis-habis.. cam buang sampah lah pulak sekarang ni..

2 comments:

  1. aku slalu je pkey macam ni "mak bapak bayi tu patot di buang waktu lahir dulu :|"

    ReplyDelete
  2. @IERA HAJERAH AZMAN hahaha bukan di buang jerk, patut di tanam hidup2.. hahaha

    ReplyDelete

saya tahu kamu sayang saya.. :)